resepi senang. bahan pun sedikit. lagi sedap kalau campur timun masak atau terung pipit dan terung telunjuk.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Talapia gulai tempoyak pahang
resepi senang. bahan pun sedikit. lagi sedap kalau campur timun masak atau terung pipit dan terung telunjuk.
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ikan talapia – potong kepada beberapa ketul.. (ikan lain pun boleh)
- 2 sudu tempoyak manis. kalau tempoyak dah masam kena tambah gula sedikit
- 1 keping asam gelugur
- beberapa helai daun kesum
- 1 inci kunyit segar
- beberapa ulas cili padi ikut selera masing-masing
- air secukupnya
- garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- tumbuk cili, garam, dan kunyit hingga lumat.
- masukkan bahan tumbuk, ikan, asam keping, daun kesum, dan tempoyak ke dalam periuk. masukkan air separas tenggelam ikan sahaja
- didihkan dengan api sederhana hingga ikan masak. rasa cukup x manis, masin, masamnya. kalau dah ok…boleh tutup api…
- sedap makan dengan nasi panas + ikan masin goreng+ulam petai /jering…
Selamat Mencuba… =)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.