‘streetfood’ atau snek tradisional Betawi. resipi asal menggunakan telur itik dan dimasak diatas dapur arang. sebab teringin nak makan ‘kerak telor’ ni, saya try je buat guna telur ayam dan masak menggunakan dapur gas. hehe.. (resipi dr internet)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
? Kerak Telor ?
‘streetfood’ atau snek tradisional Betawi. resipi asal menggunakan telur itik dan dimasak diatas dapur arang. sebab teringin nak makan ‘kerak telor’ ni, saya try je buat guna telur ayam dan masak menggunakan dapur gas. hehe.. (resipi dr internet)
BAHAN-BAHAN
- telur ayam atau telur itik
- beras pulut (direndam sekurang-kurangnya 4 jam)
- bawang putih (dicincang) – jika suka
- udang kering halus
- serunding
- bawang goreng
- lada sulah (pepper powder) atau chilli flakes- jika suka
- garam untuk perasa
CARA PENYEDIAAN
- Perhatian: Gunakan kuali kecil untuk memasak ‘kerak telor’ ini. Jangan gunakan non-stick pan kerana ‘kerak telor’ akan jatuh bila kuali diterbalikkan.
- Di atas api yg kecil, panaskan kuali. Kemudian masukkan sedikit pulut. Ratakan.
- Tutup kuali untuk seketika.
- Kemudian gaulkan pulut itu supaya tidak melekat di kuali.
- Masukkan telur, serunding, udang kering halus, sedikit bawang putih yg dicincang, sedikit lada sulah dan sedikit garam. Di sini, saya menggunakan dua biji telur ayam.
- Gaul dan ratakan.
- Tutupkan kuali untuk seketika.
- Kemudian buka semula kuali. Terbalikkan kuali dan biarkan permukaan ‘kerak telor’ terkena api sekejap.
- Matikan api dan angkat ‘kerak telor’ dari kuali. Kalau ada kerak-kerak yg termelekat tu, tuangkan saja diatas ‘kerak telor’ tu. hehe
- Hidangkan dengan serunding dan bawang goreng. Selamat mencuba!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.