Resipi dapat kat kelas kek. Sangat sedap kek ni. Saya ganti macadamia dengan pecan sebab macadamia mahal sangat :). Kalau try resipi ni, cuba guna macadamia ok. Kacang macadamia lagi best dari pecan tu :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

White Macadamia Cake

Resipi dapat kat kelas kek. Sangat sedap kek ni. Saya ganti macadamia dengan pecan sebab macadamia mahal sangat :). Kalau try resipi ni, cuba guna macadamia ok. Kacang macadamia lagi best dari pecan tu :)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A: KEK SPAN VANILLA
  • 300g sponge cake mix (beli kat Bagus)
  • 300g telur (guna timbang)
  • 75g air
  • 75g minyak jagung
  • Bahan B: CUSTARD FILLING
  • 400g UHT whip cream (beli jenama Anchor)
  • 200g instant custard powder
  • 500g susu full cream
  • 125g kacang macadamia (dipanggang lebih kurang 5 minit)
  • Bahan C: WHITE CHOCOLATE GANACHE
  • 250g UHT whip cream (beli jenama Anchor)
  • 500g white compound chocolate (beli jenama Beryl’s)
  • NOTA: Semua bahan bahan yang diperlukan untuk buat kek ni mudah didapatkan dia kedai baking goods macam Bagus, Bake With Yen, etc. Kalau cari kat Tesco, mesti ada yang tak jumpa.
CARA PENYEDIAAN
  • UNTUK BUAT KEK SPAN VANILLA:

    Panaskan oven 175-180 darjah Celcius. Sediakan 2 tin cake bulat 8 inci. Minyakkan tin cake, dan lapikkan dasar tin cake dengan kertas minyak supaya memudahkan kerja mengeluarkan kek.

  • Campurkan sponge cake mix, telur, dan air bersama dan pukul hingga sebati guna high speed. Ini kena guna mixer ok, kalau guna tangan takut tercabut tangan nanti :). Pukul lebih kurang 10 minit sampai adunan sebati, kembang, dan ringan.
  • Campurkan minyak jagung dan adun hingga sebati menggunakan low speed.
  • Bahagikan adunan sama banyak ke dalam 2 tin cake tadi. Bakar selama 30-35 minit hingga masak. Kek ni confirm jadi kalau ikut steps kat atas ni.

    Setelah masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan atas redai kuih.

  • NOTA: Masa timbang telur, kalau telur terlebih sedikit atau terkurang sedikit dari 300g, jangan susah hati. Lebihkan atau kurangkan air supaya jumlah timbangan telur dan air jadi semuanya 375g. Tak payah susah payah nak keluarkan telur nak dapatkan exact 300g.

    Anggaran telur yang digunakan dalam 5-6 biji bergantung kepada saiz telur.

  • UNTUK BUAT CUSTARD FILLING:

    Pukul UHT whip cream hingga bertanduk dan sejukkan dalam peti sejuk.

  • Di dalam satu mangkuk, campurkan susu full cream dengan instant custard powder dan kacau sebati. Boleh gunakan senduk saja.
  • Keluarkan whip cream tadi, campurkan dengan custard hingga sebati. Simpan dalam peti sejuk. Ini adalah cream yang akan digunakan untuk cake filling.
  • UNTUK BUAT CHOCOLATE GANACHE: Panaskan UHT whip cream sampai berbuih-buih kecil di tepi periuk. Cuma nak panaskan cream ni sampai suam suam kuku.
  • Masukkan white chocolate dan kacau sehingga white chocolate cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik. Ganache ini akan digunakan sebagai topping cake.
  • CARA SIAPKAN KEK: Setiap kek di potong 2 lapis. Jadi jumlah nya adalah 4 lapis.
  • Lapiskan kan setiap lapisan kek dengan custard filling. Taburkan kacang macadamia keatas custard filling sebelum diletakkan lapisan kek yang seterusnya. Setelah siap dilapiskan, salutkan keseluruhan kek dengan custard filling.
  • Dah siap salutkan filling, sejukkan dalam peti sejuk dalam 30 minit sebelum dituangkan ganache.
  • Setelah 30 minit, keluarkan kek, letak atas redai, dan tuangkan chocolate ganache sehingga keseluruhan kek disalut dengan chocolate. Hiaskan dengan kacang macadamia lagi ikut kreativiti masing masing. Dan sejukkan kek sehingga chocolate ganache set.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN