Resepi google

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Mandy Ayam

Resepi google

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 1 Ekor ayam belah 8
  • 1 st serbuk ketumbar
  • 1 st serbuk jintan manis
  • 1 st serbuk jintas putih
  • 1 st serbuk kunyit
  • 1/2 inci halia – ketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • air dalam 1 liter
  • Bahan B
  • 5 cawan beras basmati – rendam 20 minit
  • 2 labu bawang besar – potong dadu *
  • 5 ulas bawang putih – mayang *
  • 1/2 cawan mentega/ minyak sapi
  • 1 biji tomato – dadu *
  • kulit kayu manis – *
  • bunga lawang – *
  • buah pelaga – *
  • garam dan gula secukup rasa
  • 6 cawan air rebusan / stok ayam ( dari bahan A )
  • 1 ketul arang yang telah dinyalakan ( bungkus dalam aluminium foil )
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus semua bahan A hingga ayam betul-betul masak.
  • Bila dah masak…toskan ayam. Ayam perlu disapu dengan sedikit minyak..ketepikan.
  • rendam beras dalam masa 20 minit…x rendam pun ok juga…
  • Tumiskan semua bahan yang bertanda * dengan mentega atau minyak sapi ( saya guna mentega sebab x suka bau sapi:)
  • bila dah naik bau, masukkan beras tadi goreng sekejap- gaul sebati
  • masukkan air rebusan ayam tadi ( Bahan A ) – gaul dan tunggu hingga kering- kecilkan api ( masak macam nasi biasa )
  • bila dah dekat nak masak, buka penutup periuk..buatkan lubang ditengah-tengah nasi, pastu masukkan arang yang dibungkus dengan aluminium foil tadi, pastikan arang dibakar dulu ya. letak arang dan buka aluminium foil supaya asap keluar…
  • susun ayam yang disapu dengan minyak atas nasi..atau nak tanam dalam nasi pun boleh. tutup semula periuk. masak seketika hingga nasi betul-betul masak…
  • arang tadi akan berasap dan diserap oleh nasi..bau die memang ummmmmmmmmm…..pehtua: JGN DOK BUKA KERAP TUDUNG PERIUK TU SEBAB ASAP AKAN LARI KELUAR…
  • Nampak macam cerewet kan..tapi senang saja….dan yang penting SEDAPPPPPPPP sgt…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN