masakan India, masa buat 15 minit sahaja

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Ayam Black Pepper

masakan India, masa buat 15 minit sahaja

BAHAN-BAHAN

  • 500g – 800g ayam (potong kecil)
  • 1 labu bawang besar (chopped)
  • 2 tomato (chopped)
  • 4 ulas bawang putih & 2 inci halia (blend bersama)
  • 1 sudu besar Serbuk Cili (saya guna Baba’s)
  • 1 sudu besar Serbuk Ketumbar
  • 2 sudu besar serbuk black pepper (boleh di tumbuk sendiri)
  • 1 sudu besar jus limau (saya guna limau nipis)
  • 1 inci kayu manis
  • 3 batang bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 helai Bay leaf (daun biryani)
  • 1 sudu kecil jintan putih (jintan besar)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/4 cawan air
  • Garam – Secukup rasa
  • Daun Ketumbar – 1 gengam
CARA PENYEDIAAN
  • Perap ayam bersama serbuk cili, bawang putih & halia yang diblend, serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam selama 30 minit.
  • Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis rempah ratus – kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bay leaf dan jintan besar. Pastikan rempah ratus yg ditumis tidak hangit.
  • Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan tumis sehingga tekstur bawang lembut. Masukkan daun kari dan gaul bersama.
  • Masukkan tomato yg dicincang kecil, masak sehingaa tomato hancur dan sebati bersama bawang yg ditumis. Pastikan guna api yg kecil semasa menumis.
  • Once tomato telah hancur, masukkan serbuk ketumbar dan gaul sebati. Kemudian masukkan 1/4 cawan air kedalam masala.
  • Gaul bersama. Tutup periuk dan masak dalam api yg sedang selama 3 – 5 minit.
  • Bukak tutup periuk, pastikan minyak naik atas permukaan. Jika tidak, masak lagi dalam 1-2 minit lagi.
  • Masukkan ayam yang diperap kedalam masala. Gaul sebati. Anda akan nampak moisture dari ayam akan sebati dengan kuah masala. Masukkan garam.
  • Tutup periuk dan masak ayam dalam 8-10 minit mengunakan api sedang.
  • Bukak tutup periuk, pastikan ayam telah masak sepenuhnya. Jika tidak, masak lagi dalam 2-3 minit (tak perlu tutup periuk).
  • Once ayam sudah masak sepenuhnya, masukkan serbuk black pepper dan gaul sampai sebati.
  • Tutup api dan masukkan jus limau nipis dan gaul rata.
  • Hias dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN