Mudah…tak perlu kukus. Sesuai dihidangkan dalam majlis2 dan dihidangkan bila2 masa saja…adunan kuih dimasak dan tak perlu dikukus… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kuih Sagu Cantik Manis™

Mudah…tak perlu kukus. Sesuai dihidangkan dalam majlis2 dan dihidangkan bila2 masa saja…adunan kuih dimasak dan tak perlu dikukus… :)

BAHAN-BAHAN

  • 120 g tepung Hoen Kwee
  • 1000 ml santan ( dr 1 biji kelapa )
  • 1 cawan gula pasir ( akak guna 180 g gula halus)
  • 1/2 sk garam
  • 2 helai daun pandan
  • 30-50 g sagu biji berwarna-warni
  • 1 sk esen vanilla (opt)
  • secukup daun pisang/plastik atau loyang/acuan kecil2
CARA PENYEDIAAN
  • Didihkan secukup air dan rebus sagu biji hingga jernih dan toskan. (Jika mengguna sagu biji putih, didihkan air bersama secukup warna pilihan)
  • Larutkan tepung hoen kwee dengan 1/2 bahagian santan. Ketepikan.
  • Campur 1/2 bahagian santan lagi dengan gula, garam, daun pandan dan masak hingga mendidih. Masukkan larutan tepung tadi dan masak lagi hingga pekat dan meletup2,tambah esen vanilla dan kacau rata. Matikan api. Keluarkan daun pandan.
  • Masukkan sagu biji dan kacau rata.
  • Bubuh 2 sb adunan ke atas daun pisang atau plastik dan bungkus kemas2 seperti kuih nagasari atau adunan boleh dibubuh dalam loyang atau acuan kecil2. Biar sejuk dan dinginkan dalam peti sejuk.
  • Kuih cantik manis enak dimakan dingin.
  • Kuih cantik manis dalam acuan…
  • Kuih cantik manis dalam mangkuk dadih kecil….
  • **Sagu biji boleh juga diganti dgn jagung biji dlm tin….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN