Kuih warisan yang mudah dan enak… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Awol-Awol Sagu Mutiara™

Kuih warisan yang mudah dan enak… :)

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan sagu biji (300g)
  • 1 sb tepung kanji/ubi
  • 1 1/3 cawan gula merah ( akak guna gula melaka 280g )
  • 1 cawan air (250ml)
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • secukup kelapa parut putih kukus – utk menyalut kuih
CARA PENYEDIAAN
  • Bilas Sagu biji dalam tapisan dan rendam dengan secukup air selama 30 min.
  • Masak gula merah/melaka, air dan daun pandan hingga gula larut. Tapis dan ketepikan.
  • Toskan sagu biji dan masukkan ke dalam sirap gula tadi dan kacau dan masukkan tepung kanji/ubi ke dalam adunan dan kacau sebati.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan dipanaskan dulu.
  • Kukus selama 30 min atau sehingga kuih kelihatan jernih.
  • Biar kuih benar2 sejuk, potong kecil dan salutkan dengan kelapa parut kukus. Enak juga dimakan dingin, simpan kuih yang bersalut dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais.
  • Adunan awol2 sagu mutiara boleh juga dijadikan kuih talam jika tak ingin dimakan dengan kelapa parut, guna topping lompang jakarta tapi gandakan bahan2nya….http://www.myresipi.com/top/detail/11221
  • Talam Sagu Mutiara… :-
  • Contoh kuih talam yang dikukus di dalam mangkuk dadih kecil… :-

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN