Resepi nie sy belajar dari mak sy….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Daging Kukus + Air Asam

Resepi nie sy belajar dari mak sy….

BAHAN-BAHAN

  • 2 cup beras basmathi
  • 3 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu kecil rempah kari daging/ayam
  • 1 sudu kecil tomato puri
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 300gm daging
  • daun ketumbar
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 3 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 3/4 cup susu cair
  • 3 biji cili api (if suka pedas blh +/-)
  • belacan
  • kerisik
  • gula + garam
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang
  • minyak sapi/majerin. (jika tiada blh gne minyak masak)
CARA PENYEDIAAN
  • basuh beras basmathi , rendam selama 20 minit dan toskan. jika anda menggunakan beras biasa…jangan rendam…basuh dan terus toskan.
  • daging dipotong sebesar 1 1/2 inci dan rebuskan sehingga empuk. kemudian barulah dipotong nipis2
  • tumiskan kulit kayu manis,buah pelaga,cengkih dan lawang. kemudian masukan bahan yang dikisar sehingga naik bau. masukkan rempah kurma, rempah kari,serbuk jintan manis, tomato puri dan sedikit air.
  • apabila rempah sudah garing, masukkan beras, susu cair dgn 1 cup air rebusan daging. (jika menggunakan beras biasa 1cup + 2 cup air rebusan daging)
  • masuk daging yang dihiris td serta gula, garam. apabila dah cukup rasa. masuk dalam loyang atau periuk, kukuskan sehingga masak.jika hendak menggunakan rice cooker pun boleh tapi sy lebih ske kukus. nasi tidak berkerak. potong daun ketumbar dan masuk dalam loyang
  • untuk membuat air asam :

    1. cili api + belacan (ditumbuk halus)

    2. asam jawa dibancuh bersama 1/2 cup air rebusan daging. amik air nye sahaja.

    3.cili yg ditumbuk td dicampur dalam air asam td. campur 1/2 sudu besar kerisik, gula dan garam. campurkan tomato dgn bawang besar.

  • done!!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN