kuih tradisi pantai timur
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Asam gumpal / sagupal
kuih tradisi pantai timur
BAHAN-BAHAN
- 250g sagu halus
- 250g kacang hijau
- sekeping gula kabung / gula melaka
- 3 cawan santan dari sebiji kelapa
- satu cawan air suam
- setengah sudu kecil halba
- sebiji bawang besar dimayang halus
- satu inci halia dimayang halus
CARA PENYEDIAAN
- buat inti dahulu: rebus kacang hijau dgn gula melaka hingga menjadi inti. sejukkan.
- sagu halus digaul dengan air suam supaya mudah lekat. kemudian digumpalkan dan diisi dgn inti kacang ditengah
- susun jarak-jarak sagu yg telah digumpalkan dgn inti dalam pengukus dan kukus selama 10-15 minit. sagu akan kembang dan kelihatan jernih
- untuk kuah: bawang, halia dan halba dimasukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api yang sederhana dan dikacau untuk mengelakkan berserawa. masukkan sagu yg telah disejukkan di dalam santan hingga menggelegak.
- boleh dimakan sejuk atau panas.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.