Resipi paling mudah untuk sesiapa yg suka ratah ayam bakar.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Bakar BBQ dan Salad Kentang
Resipi paling mudah untuk sesiapa yg suka ratah ayam bakar.
BAHAN-BAHAN
- 6-8 ketul ayam bahagian peha dan kepak(ikut kesukaan)
- 4 sudu besar sos cili
- 4 sudu besar sos masam manis atau sos tomato
- 5-6 sudu besar sos BBQ (saya suka sos bbq brand masterfoods)
- 4 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
- 1-2 sudu besar blackpepper serbuk (ikut kesukaan)
- Bahan salad kentang pula :
- 3-4 kentang yg telah direbus dan dipotong dadu (buang kulit atau tidak ikut kesukaan)
- 1 ulas bawang putih dicincang halus dan juga sedikit daun bawang.
- Perahan lemon (ikut kesukaan)
- Garam, gula, dan blackpepper secukup rasa.
- Tomato cerry (kalau suka, letak)
- Brocolli yg telah dicelur (kalau suka, letak)
CARA PENYEDIAAN
- Gaul ayam dengan bahan-bahan sos tadi (sos cili,sos tomato,sos BBQ,garam,gula,blackpepper). Perap dalam 30min. Kalau nak perap semalaman lagi bagus.
- Bakar ayam dalam masa 30-45 minit di dalam grill oven dgn suhu 180 darjah celcius.
- Kalau nak dapatkan ayam yg lagi berkilat dan sedap, setiap 7-8 minit, sapukan lebihan mixture sos pada ayam. Kemudian bakar lagi. Dan sapu lagi. Dan sambung bakar lagi. (Kalau rajin buatlah macam ni)
- Untuk salad kentang pula. Gaulkan semua bahan untuk salad (bawang putih cincang, daun bawang, perahan lemon, gula,garam,blackpepper) dan juga tomato cerry & brocolli tadi.
- Selepas ayam masak, hidangkan bersama salad kentang tadi. Salad kentang ni sedap kalau sejukkan dalam peti sejuk dulu. :D
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.