Resepi daripada ibu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Keli Masak Kuning

Resepi daripada ibu

BAHAN-BAHAN

  • 5 ekor ikan keli
  • 4 sudu makan cili kering dikisar
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 keping asam gelugur (asam keping)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan keli. Cuci dengan sedikit air asam jawa (untuk menghilangkan lendir dan hanyir ikan).
  • Blend bawang merah bersama cili yg dikisar dan sedikit kunyit. Kemudian lumurkan ikan keli tadi dengan campuran tadi. Biarkan seketika.
  • Panaskan sedikit minyak. Masukkan keli yg telah diperap tadi. Kacau sedikit, kemudian tambahkan air sehingga menutupi keli.
  • Masukkan serbuk lada hitam, asam gelugur dan garam secukup rasa. Boleh tambah sedikit gula jika suka.
  • Tunggu sampai ikan masak. Padamkan api. Sedap dihidangkan panas-panas bersama nasi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN