Dulu puas cuba buat cream puff, selalu yang dibuat asyik tak menjadi jer sampai kadang rasa fedup..tapi hasil usaha akhirnye berjaya juga.. sesuai dimakan bila2 saja..sebab cream puff ni kegemaran sha..:)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
cream puff mudah
Dulu puas cuba buat cream puff, selalu yang dibuat asyik tak menjadi jer sampai kadang rasa fedup..tapi hasil usaha akhirnye berjaya juga.. sesuai dimakan bila2 saja..sebab cream puff ni kegemaran sha..:)
BAHAN-BAHAN
- 1cawan air
- 1/2 cawan mentega or marjerin
- 1 cawan tepung gandum
- secubit garam
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Sos kastard:
- 1 cawan susu cair or susu tepung
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan gula makan
CARA PENYEDIAAN
- Dalam periuk masukkan air dan mentega, panaskan sehingga mentega larut. tutup api.
- kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga tepung menjadi doh dan tidak melekat pada periuk. Keluarkan.
- Dalam bekas lain, doh tadi masuk sebiji demi sebiji telur dan kacau sehingga sebati sehingga semua habis.
- Masukkan esen vanilla, kacau sebati sehingga likat.
- Setelah selesai masukkan bahan PUFF tadi ke dalam piping beg, dan picit kan ke atas dulang pembakar yang sedia dialas kertas foiled atau disapu butter.
- Picitkan dalam kaedah meninggi, jika melebar, setelah masak puff itu kan menjadi leper.
Masukkan ke dalam oven, dalam suhu 200c selama 20minit, atau setelah kelihatan perang dan mengembang - Sos kastrad:
Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sehingga likat.
- Proses: Setelah puff masak, belah di tengah puhh separuh sahaja dan picit kan cream kastard di lubang tsebut menggunakan piping beg.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.