Ranggup diluar dan lembut didlm. Sangat mudah dibuat. Anak2 pasti gemar
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Churros (Spanish donuts)
Ranggup diluar dan lembut didlm. Sangat mudah dibuat. Anak2 pasti gemar
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan air
- 2 sudu makan gula perang
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu makan mentega (suhu bilik)
- 1 cawan tepung gandum (campur dengan 1/s sudu kecil baking powder – ikut suka)
- 2 biji telur
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 1/4 cawan gula castor atau icing sugar
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
- Minyak sayur/ canola/ sunflower utk mengoreng
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam kuali yg sesuai utk deep-fry. Perlu byk minyak dan pastikan minyak betul-betul panas.
- dalam bekas lain – sediakan campuran caster sugar atau icing sugar digaul rata dengan serbuk kulit kayu manis. Ketepikan.
- Sediakan kuali berasingan, masukkan air, gula perang, garam dan mentega. Gaulkan sampai mentega cair dan air mula mendidih.
- Jauhkan dari stove dan masukkan tepung. gaul sampai sebati (rupa dia seakan mash potato.
- Pukul telur dan esen vanilla dlm bekas lain. kemudian masukkan ke dlm adunan tepung. gaul sampai sebati.
- Masukkan adunan kedlm piping bag yg sudah dipasang star nozzle #21. kalau tak da nozzle boleh potong permukaan piping bag agar adunan keluar kemas dan sekata.
- Pastikan minyak betul-betul panas dan pipe adunan dgn piping bag sepanjang 10cm. Goreng selama 1-2 minit atau hingga bertukar kuning keemasan.
- Angkat dan toskan dlm bekas beralas paper towel. Kemudian celup dlm adunan icing sugar bercampur serbuk kayu manis.
- Ulang langkah yang sama dan pastikan minyak sentiasa panas.
- Boleh dimakan begitu sahaja atau cecah dgn choc panas (cairkan 200gm dark choc dgn 250gm susu UHT). Cecah dgn coklat nutella pun sedap.
- Selamat mencuba!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.