kek ni sebenarnye berlapis2,tapi saya buat versi yg simple je..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis Tembikai Simple~

kek ni sebenarnye berlapis2,tapi saya buat versi yg simple je..

BAHAN-BAHAN

  • 5 Biji Telur
  • 225g mentega
  • 1 cup gula halus
  • 1 cup susu Tepung
  • 1 cup Tepung Gandum ( saya Guna Tepung hong kong)
  • 1/2 cup Horlicks
  • 1/2 tin kecil seri kaya
  • 1/2 Tin susu pekat manis @ (1/3 cup)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • kismis hitam secukupnya
  • pewarna merah & perasa strawberry ( saya guna strawberry paste)
  • Pewarna Hijau & perasa Pandan ( saya guna Pandan Paste)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega & Gula Hingga Kembang…
    Kemudian masukkan Telur satu persatu..pukul lagi..
    Masukkan pula Tepung Gandum/ Tepung Hong Kong…Susu tepung & Horlicks Yang telah diayak terlebih dahulu ye..kacau sebati..
    last sekali masukkan Esen Vanila & susu pekat manis serta seri kaya…pukul hingga adunan sebati…
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian..
    3 senduk dicampurkan dengan pewarna hijau ( pandan paste)
    2 senduk di biarkan dengan warna asli
    selebihnya dicampurkan dengan warna merah (strawberry paste)
  • sediakan loyang..yang telah dialaskan dengan baking papper & sedikit mentega..
    kukus warna hijau dulu …kemudian warna asli & last skali warna merah..
    Taburkan kismis hitam diatas lapisan merah…
    1 lapis kukus dalam 7-10minit ..setelah selesai melapis,kukus kek selama 1/2jam- 1jam utk kek maak sempurna…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN