Diambil dari pelbagai sumber dan diolah sendiri supaya senang dan jimat kos nak buat.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Coklat Moist Mudah (Kukus)
Diambil dari pelbagai sumber dan diolah sendiri supaya senang dan jimat kos nak buat.
BAHAN-BAHAN
- Bahan A (ayak)
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sk baking powder
- 1 sk soda bikarbonat
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan susu segar (Dutchlady)
- 1 sk esen vanila
- 3 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat manis
CARA PENYEDIAAN
- Pukul minyak + gula kastor hingga sebati.
- Masukkan susu segar dan pukul lagi hingga minyak dan susu segar betul- betul sebati.
- Masukkan esen vanila dan telur satu per satu. Adunan akan nampak berbuih- buih bila dipukul tapi takpe jangan risau.
- Masukkan susu pekat manis dan pukul hingga sebati.
- Masukkan Bahan A tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan. Masa ni adunan masih nampak berbuih tapi da kurang sikit la.
- Tuang adunan atas loyang yang da disapu minyak.
- Kukus selama 1 jam atau hingga masak. Da masak tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari loyang. Kek takkan melekat kat loyang. Smooth jer keluar.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.