Masakan Arab, masa buat sejam sahaja, resepi daripada kawan Arab
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Daun Anggur (Dawaly)
Masakan Arab, masa buat sejam sahaja, resepi daripada kawan Arab
BAHAN-BAHAN
- 500g daun anggur segar/frozen
- 2 cawan beras dibasuh
- 1 cawan daun sup dicincang
- 1/2 cawan daun pudina dicincang
- 1/2 cawan daun bawang dicincang
- 4 biji tomato dipotong empat
- 2 biji bawang besar dipotong
- 1/2 cawan minyak zaitun
- 3/4 cawan perahan lemon
- 2 biji kentang dipotong dadu besar
- 4-5 ketul ayam
- sedikit garam & lada sulah
CARA PENYEDIAAN
- Celup daun anggur ke dalam air panas supaya ianya lembut untuk senang digulung.
- Gaulkan beras yang telah dibasuh dengan perahan lemon, garam, lada sulah & minyak zaitun
- Letak beras tadi di tengah daun anggur dan lipat kedua-dua sisi. Barulah lipat bahagian belakang daun dan gulung sehingga ke hujung
- Susun tomato, kentang & ayam di dalam periuk dan barulah letak gulungan beras tadi. Masukkan semua bahan dipotong yang lain kemudian masukkan air sama paras dengan bahan dalam periuk
- Tindih bahan-bahan dengan pinggan supaya tidak terapung & supaya gulungan tidak terbuka
- Masak dengan api perlahan selama sejam. Periuk tekanan adalah disarankan. Hidang apabila sejuk.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.