Resepi daripada ila ahmad, flo ubah sikit supaya kurang manis…thanks tuan punya resepi asal..:)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Moist (Kukus)

Resepi daripada ila ahmad, flo ubah sikit supaya kurang manis…thanks tuan punya resepi asal..:)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula halus * ( 3/4 cawan kalau nak kurangkan manis)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak jagung
  • Bahan B
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan tepung kek
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • Bahan-bahan Untuk Toping
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 4 sudu besar susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar marjerin
  • secubit garam
  • 1 1/2 cawan air panas
  • 3 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air.
CARA PENYEDIAAN
  • Campur semua bahan A, kacau sebati dan panaskan dengan api sederhana sampai semua bahan cair. s
    ketepikan.
  • Putar telur sampai kembang, + bahan A dan putar lagi hingga sebati.
  • Campur tepung, soda bikarbonat + baking powder dan ayak. Campurkan dalam adunan bahan A dan telur. kacau sebati.
  • Tuang dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak atau digris dengan sedikit marjerin. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
  • Cara masak Toping – masukkan kesemua bahan toping dalam periuk – kecuali bancuhan tepung jagung. Didihkan dengan api yang sederhana.
  • Bila mendidih, campurkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga likat, angkat dan siram ke atas kek yang duah masak dengan segera.
  • Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam untuk rasa yang lebih sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN