resepi olahan sendiri, utk variasi ayam bakar.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam bakar oren
resepi olahan sendiri, utk variasi ayam bakar.
BAHAN-BAHAN
- Sekeping dada ayam (200-250g)
- 1/2 sudu teh lada hitam
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh lada sulah
- 3 ulas bawang putih (tumbuk)
- 1 biji buah oren
- 1 kiub stok ayam
- 1 sudu besar butter
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan dada ayam. Lumur dengan garam, lada hitam dan lada sulah. Ketepikan.
- Perah buah oren; asingkan jus perahan dan isi oren (orange pulp). Simpan jus utk buat sos. Jgn lupa buang biji oren, nnt pahit.
- Lumurkan ayam tadi dgn isi oren, bawang putih, 1/2 kiub stok ayam dan butter. Perap sejam.
- Panaskan oven 200 degree C. Bakar ayam 30 minit atau hingga masak (ikut oven).
- Utk sos oren: satukan jus perahan oren, baki 1/2 kiub stok ayam dan 1/2 cawan air dalam sauce pan @ periuk. Masak atas api perlahan sehingga mendidih. Adjust rasa ikut selera. Tutup api.
- Tuangkan sos atas ayam semasa hidang. Guten appetit! :)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.