Main cuba2 je jadi pulok..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Goreng Tom Yam Simple
Main cuba2 je jadi pulok..
BAHAN-BAHAN
- Ayam 300g (Isi sahaja – dipotong dadu)
- Nasi 3 Mangkuk – anggaran
- bawang putih (cincang) – 2 ulas
- Bawang besar (potong dadu) – 1 ulas
- Serai (titis) – 2 batang
- pes tom yam – 1 sudu
- daun limau (hiris) – 2 helai
- lobak merah, kobis, tomato (potong kecil atau dadu – ikut suka)
- minyak masak – 3 camca besar
- sos cili – 1 Piring kecil
- sos tomato – 1 Piring kecil
- sos tiram – 1 piring
- Perasa (ajinomoto) – 1/2 camca teh
- garam – 1 camca teh
- 3 biji Telur Ayam – digoreng
- Hirisan timun – hias dan makan
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan kuali, kemudian tumis bawang putih hingga naik bau
- masukkan ayam dadu dan masak sehingga sedikit garing, masukkan serai , gaul dan biar dalam 1minit.
- Maukkan pes tomyam, sos cili, sos tomato, sos tiram, garam, perasa dan bawang besar.. masak sehingga sebati
- masukkan nasi serentak dengan sayur, daun limau.. gaul sehingga sebati
- Boleh hidang dengan Hirisan timun dan Telur goreng mata jika mahu..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.