Nasi putih lebihan bersahur dijadikan nasi goreng buat anak2 yg masih belum berpuasa.. Idea sendiri…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Goreng Azra Hadel
Nasi putih lebihan bersahur dijadikan nasi goreng buat anak2 yg masih belum berpuasa.. Idea sendiri…
BAHAN-BAHAN
- Nasi putih (agak2 utk 3 orng makan).. ~ nak lebih pun boleh, bak kata Chef Ammar Ali, suka2 hati (^_*)
- Sedikit minyak (untuk menumis)
- Sedikit marjerin (untuk menggoreng isi ketam/ crab filament stick dan cendawan tiram)
- Isi ketam / Crab Filament Stick
- 1 biji telur ayam
- 1 peket perencah Nasi Goreng Hailam ADABI
- 1 atau 2 sdm Sos Ikan
- 3 ulas bawang putih (suka2 hati nak potong mcmana)
- 100 gm brokoli
- 1/2 peket cendawan tiram
- 2 helai daun bawang (potong memanjang)
- 1 biji cili besar (potong nipis)
- Sedikit bawang goreng dan daun ketumbar untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
- Dengan menggunakan marjerin, goreng isi ketam sehingga agak garing. Alihkan dari kuali. ~ Jgn garing sangat, nanti rangup, kurang enak semasa dimakan.
- Basuh cendawan tiram dan goreng sehingga kekuningan. Pastikan cendawan tiram tidak berair semasa digoreng.
- Setelah alihkan cendawan tiram, tumis bawang putih. Masukkan nasi putih yang sudah digaul sebati bersama perencah nasi goreng hailam ADABI. Kacau rata. Masukkan sos ikan dan kacau hingga sebati.
- Buat satu lubang berbentuk bulatan di tengah2 nasi, dan pecahkan telur ayam. Biarkan seketika (agak masak), kemudian gaulkan sebati dengan nasi.
- Sambil menunggu nasi masak, didihkan air, kemudian masukkan brokoli, daun bawang dan cili besar lebih kurang 2 minit. Tutup api, keluarkan bahan2 tersebut dan rendam di dalam air ais (Untuk memastikan bahan2 tersebut kekal segar dan rangup).
- Setelah nasi goreng siap, bolehlah dihidang bersama2 dengan bahan2 yg direneh tadi serta dihias bersama bawang goreng dan daun ketumbar. Masak dari hati. masak dengan IMAN. Selamat Mencuba!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.