Resepi Sempena Kekalahan Euro 2012 Italy kepada Spain
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bolognese Lasagna de italia
Resepi Sempena Kekalahan Euro 2012 Italy kepada Spain
BAHAN-BAHAN
- 6 Keping Kulit Lasagna (San Remo Oven Ready)
- 3 ulas Bawang putih
- 3 keping daging oblong Ramlee
- 1 Tin Prego traditional
- 4 sudu cili boh/cili kering rebus & kisar
- Serbuk Oregano
- Serbuk Italian Herbs
- 3sudu Tomato Puree
- 1 Cendawan Butang Dalam Tin.
- 3 cawan susu segar
- 4 Sudu besar Cream Cheese
- 2 Sudu Majerin & 2 Sudu Tepung gandum
- Keju Mozarella
- Garam, Gula & Ajinomoto
CARA PENYEDIAAN
- Cara Membuat Sos Bolognese
1. Tumis Bawang putih, cili kisar, dan daging oblong yang dihancurkan.
2. Masukkan Sos Spagetti Prego, Tambahkan 2 sudu tomato puree, serbuk lada hitam, garam & gula. masukkan juga serbuk oregano - Cara Membuat Sos Putih
1. Panaskan majerin, tutup api, masukkan tepung gandum & gaulkan hingga rata & menjadi pes.Masukkan Susu segar, kacau hingga rata, hidupkan api dengan perlahan dan masukkan cream cheese. Kacau hingga pekat - Sediakan Loaf pan, Susun kulit lasagna, sos putih & sos bolognese, taburkan parutan keju mozarella & tutup semula dengan kepingan kulit yang kedua. ulang proses hingga penuh. Pastikan sos putih dalam keadaan panas dan menutupi keseluruhan lasagna.
- Untuk Lapisan paling atas, taburkan keju mozarella dengan banyaknyer. Ambil kepingan lasagna, masukkan dibahagian tepi (dinding loaf) bakar dalam oven 180c selama 40minit.
- Keluarkan dari oven.. sejukkan dulu baru potong & hidangkan
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.