Dah banyak rcp epok2/karipap kentang dlm MyR, skali2 ubah selera dgn epok2 sayur pula,enak makan dgn sambal cuka atau sos cili… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Epok – Epok Sayur™

Dah banyak rcp epok2/karipap kentang dlm MyR, skali2 ubah selera dgn epok2 sayur pula,enak makan dgn sambal cuka atau sos cili… :)

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN KULIT :-
  • 500 g tepung gandum
  • 100 g minyak sapi/majerin*
  • 3 sb minyak masak*
  • 150 ml air*
  • 1 1/2 sk garam* (masak mendidih bahan *)
  • 100 ml air suam – tambahan air buat uli
  • INTI SAYUR :-
  • 300 g taugeh – dibersihkan
  • 200 g sengkuang – dihiris memanjang
  • 1/2 batang lobak merah – dihiris memanjang
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 biji lada merah*
  • 1-2 sb udang kering* (tumbuk halus bahan *)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit kucai – dihiris dan garam secukup rasa
  • SAMBAL CUKA / KASTURI :-
  • 6-8 batang lada merah – buang biji*
  • 1-2 ulas bawang putih*
  • 1/2 cawan air* – ( kisar halus bahan *)
  • 100 g gula pasir
  • 1 1/2 sk garam
  • 5 sb cuka atau jus limau kasturi
  • SAMBAL SOS :-
  • 1 botol sos cili
  • 1/2 botol sos tomato
  • 4 ulas bawang putih – tumbuk
  • 3 sb kicap manis
  • 1 cawan air
  • sedikit garam dan gula secukup rasa
  • BAHAN KULIT (rcp ke2 sukatan cawan) :-
    4 cawan tepung gandum,
    1/4 cawan majerin*,
    1/4 cawan minyak*,
    1/4 sk garam*,
    1/2 cawan air* (bahan* dimasak bersama),
    1/2 cawan air suam – utk menguli secukupnya,
    …(cara menguli doh sama seperti di atas)
CARA PENYEDIAAN
  • Campur semua bahan2 sambal dan masak hingga mendidih,tambah air jika ingnkan sambal yang cair.Ketepikan.Lakukan yang sama jika ingin menggunakan sambal sos.
  • Untuk inti…panaskan minyak, tumis bahan kisar,bawang besar hingga wangi dan masukkan sayur2,perasakan dgn garam,masukkan kucai.Sejukkan, toskan jika inti berair.
  • Untuk doh…Tepung digaul dengan campuran minyak panas dan kacau hingga rata.Tuang secukup tanbahan air suam dan uli hingga sebati dan lembut.Perap 1 jam.
  • Bulat2kan doh hingga habis dan canai tipis lalu isi inti, lipat dan kelim kemas2.
  • Goreng epok-epok dalam minyak banyak hingga kekuningan dengan api yang sederhana panas.
  • Hidangkan epok-epok sayur dengan sambal cuka/kasturi atau sambal sos.
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN