Resipi ni diolah sendiri mengikut citarasa hubby. Makanlah bersama salad, timun, buah tomato yg menjadi pelengkap hidangan ini. Selamat mencuba!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Ayam Berempah

Resipi ni diolah sendiri mengikut citarasa hubby. Makanlah bersama salad, timun, buah tomato yg menjadi pelengkap hidangan ini. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN

  • Untuk ayam:
    4-5 ketul ayam peha ayam,
    1 sudu makan rempah kari,
    1 sudu makan serbuk cili,
    5 ulas bawang putih – dikisar,
    1 inci halia-dikisar,
    2 batang serai-dikisar,
    Garam secukupnya.
  • Untuk Sup:
    Bahagian ayam yang bertulang,
    1 inci halia,
    3 ulas bawang putih
    Sup bunjut,
    Garam/gula secukup rasa,
  • Untuk nasi:
    Beras 2 pot,
    1 sudu besar mentega,
    2 ulas bawang putih-diketuk,
    3 ulas bawang merah-dimayang,
    1 inci halia-diketuk,
    Kuah sup secukupnya untuk memasak nasi.
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk ayam:
    Smua bahan yang dikisar dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul ayam bersama rempah tadi dan perap selama 1/2 jam lbh lama lagi sedap. Goreng dgn minyak yg banyak.
  • Untuk sup:
    Tumiskan bawang putih, halia hingga naik bau. Masukkan air, cukup untuk masak nasi dan kuah sup. Masukkan bahagian ayam yang bertulang sampai mendidih.
  • Untuk nasi:
    Bersihkan beras dan toskan. Panaskan mentega, masukkan bawang merah, bawang putih, halia. Tumiskan hingga kekuningan dan masukkan beras dan ambil kuah sup tadi cukup untuk 2 pot beras. Blh juga tambah sedikit kunyit jika suka warna nasi berwarna kuning.
  • Tambahan: untuk sos
    1 biji buah tomato
    4 biji cili padi
    1 biji cili merah
    Sedikit gula dan garam
    Sedikit kuah sup blh juga ganti dgn cuka. Ikut citarasa.
    Blend kesmua bahan diatas.

    Untuk kicap:
    2 sudu besar kicap manis
    1 sudu besar kicap masin
    1 sudu besar sos tomato
    Sedikit kuah sup
    Campurkan kesmua bahan2 diatas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN