Resipi kek coklat yang diambil daripada laman web Kitchenaid Australia. Kek yang padat, penuh perisa coklat dan mempunyai aroma kopi segar. Rasa strawberry yang masam sangat sesuai dengan rasa manis dark chocolate glaze.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate Mud Cake

Resipi kek coklat yang diambil daripada laman web Kitchenaid Australia. Kek yang padat, penuh perisa coklat dan mempunyai aroma kopi segar. Rasa strawberry yang masam sangat sesuai dengan rasa manis dark chocolate glaze.

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Kek
  • 200g butter dipotong kiub
  • 250g coklat masakan diracik kasar
  • 90g (1/2 cawan) gula perang
  • 220g (1 1/2 cawan) tepung gandum
  • 30g (1/3 cawan) serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 250ml whipping cream
  • 3 biji telur gred A
  • 2 sudu besar biji kopi
  • Untuk dark chocolate glaze
  • 250g coklat masakan
  • 125ml whipping cream
  • 100g gula castor
  • Untuk hiasan
  • Strawberry segar secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan butter, coklat masakan, gula perang dan biji kopi dalam mangkuk adunan secara double boiling. Kacau sehingga gula larut dan sebati. Tapiskan dengan penapis kasar bagi mengasingkan biji kopi. Biarkan sejuk.
  • Ayakkan tepung gandum, serbuk koko dan baking powder.
  • Panaskan oven dan sapukan butter dan tepung pada loyang kek ukuran 20cm.
  • Campurkan whipping cream ke dalam campuran coklat, butter dan gula perang tadi. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan campuran tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak dan kacau sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada rak tengah dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama satu jam.
  • Selepas satu jam, uji dengan mencucuk skewer pada bahagian tengah kek. Sekiranya skewer bersih, maka kek telah masak. Keluarkan dari loyang dan sejukkan di atas rak muffin.
  • Untuk dark chocolate glaze, masakkan coklat masakan, whipping cream dan gula castor dalam periuk dengan api kecil. Kacau sehingga gula larut dan menggelegak. Biarkan 3 minit di atas api kecil dan tutupkan api.
  • Tuangkan glaze ke atas keseluruhan kek dan biarkan glaze sejuk.
  • Hiaskan dengan strawberry segar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN