kuih limas stail MIL akk ni, walaupun ringkas cara mmbuatnya, tp still sedap menawan kalbu. apa lg jika disejukkan dulu, nyaman je lalu kt tekak…mm…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kuih limas MIL kakbesah

kuih limas stail MIL akk ni, walaupun ringkas cara mmbuatnya, tp still sedap menawan kalbu. apa lg jika disejukkan dulu, nyaman je lalu kt tekak…mm…

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan rata tepung gandum
  • 1 cawan santan sederhana pekat
  • 1 1/2 cawan air perahan daun pandan(2 helai)
  • 1/2 sudu teh garam
  • **semua bhn2 diatas dikacau sebati** (jika bergentel, sila tapis yer..)
  • 1 1/2 cwn santan agak pekat – ketepikan (bleh guna sntan perah @ santan kotak)
  • gula pasir secukupnya
  • daun pisang utk dibuat malong/sampan/takir
CARA PENYEDIAAN
  • mula2 kenalah buat sampan dulu yer.. fuh!..memang mncabar & menguji kesobaran sungguh.. susah nk samakn saiznyer coz ukuran daun yg x sama & koyak sanasini. dh la mahal. hai..tringin nk mkn pnye psal.. buat jg la..hehe..
  • Didihkan air dalam pengukus.
  • Susun sampan dlm rak pengukus. Masukkan 1 sudu besar gula pasir ke dlm setiap sampan. (saiz 2 X 4 inci). Kalo sampan agk kecil bubuh 1 sudu teh penuh (11/2 X 21/2inci)
  • pastu masukkan pula 1 senduk kecil santan pekat ke dalam setiap sampan.
  • akhir sekali, kacau rata adunan tepung td,(takut mendak) sterusnya masukkan 2 senduk yg sama adunan tu ke dlm kesemua sampan td..
  • kukuslah selama 10 mnt jika tebal dlm 2/3 inci, 15 mnt. jika lebih tebal lg. bila dh msk..sjukkan lah dulu baru sdp.. lapisan kepala kuih akan trbentuk ngn sendirinye. Tu lah uniknye kuih ni..hehe…
  • jika sekiranya takde daun pisang utk dibuat sampan, bleh guna mangkuk @ bekas steel. kalo dr plastik, bkn x jd..tp, gula x mahu cair..(dh prnah try..huhu..)
  • soalan cepu mas >>> *sape bleh teka.. bekas yg akk guna ni.. asal dia ape? @ dpt dr mane?…hihihi..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN