Mencuba selera beryiani yang baru, sedap dan mudah
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Goreng Beryiani Udang
Mencuba selera beryiani yang baru, sedap dan mudah
BAHAN-BAHAN
- 4 cawan nasi (basmathi) yg telah masak
- 6 ekor udang hidup (besar)-untuk digoreng celup tepung & hiasan
- 200 g udang hidup (kecil)-untuk rencah
- 1 pek rempah beryani
- bawang besar 1 biji, bawang putih 5 ulas (dihiris utk tumis)
- sayur campur, daun bawang, daun sup, cili besar, daun pudina
- sedikit minyak utk menumis, sedikit butter utk menumis, garam secukup rasa, sedikit serbuk lada putih
- 2 biji telur, sebiji utk nasi goreng, sebiji lagi utk udang celup tepung
- tepung goreng udang dicampur dengan sedikit rempah beryani-utk udang celup tepung
CARA PENYEDIAAN
- rempah beryani dibancuh dgn air, tinggalkan sedikit utk digaul bersama tepung (utk udang celup tepung). Panaskan minyak + butter, tumiskan bawang besar & bawang putih.
- Bila sudah naik bau, masukkan bancuhan rempah tadi, masak seketika then masukkan udang kecil. masak sehingga rempah + udang betul2 masak
- Seterusnya masukkan sayur campur, kemudian masukkan telur. Kacau sehingga rata. Then masukkan nasi, garam, lada putih. Goreng seketika. Akhir sekali masukkan daun sup, daun bawang dan daun pudina.
- tepung serbaneka dicampur dengan sedikit rempah beryani. Buat udang celup tepung. Siap letak udang atas nasi utk hiasan dan dimakan bersama dengan nasi goreng beryani. Memang sedap…nak pedas boleh tambahkan cili hiris semasa masukkan sayur campur. Nak oriental style, makan bersama minyak cili goreng….
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.