Masakan kelantan. Resepi dari sepupu. Sangat mudah.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tumis Kerang
Masakan kelantan. Resepi dari sepupu. Sangat mudah.
BAHAN-BAHAN
- Bahan A:
- 3kg Kerang
- 1 btg Pelepah Pisang (bahagian yg ade daun pisang, buang daun & ambil batang nye)
- Bahan B (Kisar):
- 10 btg Serai
- 3 inci Halia
- 2 labu Bawang Putih
- 2 labu Bawang Besar India
- 2 tangkai Cili Padi (jika suka pedas, blh tambah)
- 1 tangkai Cili Merah
- Bahan C:
- Sedikit Minyak utk menumis
- 2 sb Sos Cili Kimball (guna yg dlm plastik)
- 4 sk Serbuk cukup rasa (ikut kesesuaian lidah yg memasak)
CARA PENYEDIAAN
- Mula-mula, ketuk Pelepah Pisang pada bahagian hujung. Bertujuan utk membasuh kerang. Fungsi getah pelepah pisang ni, kulit kerang akan jd putih & semua pasir dlm kerang akan keluar. Lepas cuci, toskan dan ketepikan.
- Kisar kesemua Bahan Kisar. Dan tumiskan sehingga naik bau & pecah minyak.
- Kemudian, masukkan sos Tomato Kimball & serbuk cukup rasa.
- Apabila rasa bahan tumis tu dh sedap & masak, boleh la masukkan kerang yg telah siap di cuci tadi ke dlm bahan tumis.
- Kacau kerang bersama bahan tumis tu sehingga sebati dan masak di atas api yg perlahan. Biar selama 1/2 jam supaya air kerang tu keluar. Kemudian kacau lagi. Biar kesemua kerang tu di saluti bahan tumis.
- Bila kerang dh masak, tutup api. Sedia di hidang bersama nasi putih.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.