Masakan arab. Resepi ni hasil dari gabungan beberapa resipi yang diperolehi di laman web. Selamat mencuba

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lamb Kabsa

Masakan arab. Resepi ni hasil dari gabungan beberapa resipi yang diperolehi di laman web. Selamat mencuba

BAHAN-BAHAN

  • Step 1 : Masak Lamb dan buat stock sekali
  • 1kg Lamb (boleh ganti dengan ayam/daging)
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 6 gelas air
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 helai daun bay (kering)
  • 5 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih
  • Sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
  • garam secukup rasa
  • perasa (optional)
  • Step 2: Masak Lamb Kabsa
  • 3 cawan beras basmathi
  • 4 1/2 cawan stock dari langkah pertama
  • 2 sudu makan ghee/mentega/olive oil
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 1-2 biji tomato – potong dadu
  • sedikit serbuk kunyit (sebagai pewarna)/sedikir koma-koma/saffron
CARA PENYEDIAAN
  • Step 1 : Masak Lamb dan buat stock sekali
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan renihkan selama 1 jam 30 minit.(kalau air kurang, boleh tambahkan sikit dengan air panas, kita perlukan 4 1/2 cawan stok)
  • Setelah masak, keluarkan daging dari periuk dan asingkan.
  • Ambil 4 1/2 cawan stock untuk memasak nasi.
  • Step 2: Masak Lamb Kabsa
  • Cuci beras sehingga bersih dan toskan lebih kurang 15 minit
  • Masukkan ghee/mentega/olive oil ke dalam periuk yang telah dipanaskan.
  • Bila minyak dah panas, masukkan bawang besar dan tomato, goreng sehingga layu (transparent) dengan api sederhana.
  • Setelah itu, masukkan beras dan gaul sehingga minyak sebati dengan beras. Kacau perlahan-lahan bagi mengelakkan beras hancur.
  • Setelah itu, masukkan stok dan gaul perlahan. Pastikan guna api sederhana besar. Seterusnya, susun daging ke atas beras dan tutup periuk. Biarkan sehingga air kering sedikit dan kecilkan api ke tahap minima. (Kalau nak guna rice cooker pun boleh- tak perlu risau nak control api)
  • Biarkan nasi sehingga masak dan selamat menjamu selera.
  • *Kalau nak lagi best, setelah tutup api, kacau nasi dengan garfu dan biar lagi lebih kurang 10 minit sebelum dihidangkan.. (kalau dapat menahan selera anda :))

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN