Buat sarapan pagi. Tambah kacang peas.. tambaahh khasiat…:)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

:) Nasi Goreng Kampung Kacang Peas

Buat sarapan pagi. Tambah kacang peas.. tambaahh khasiat…:)

BAHAN-BAHAN

  • 3 mangkuk sup nasi putih
  • 2 biji telur
  • 3/4 mangkuk sup ikan bilis (ditumbuk sedikit)
  • 1/2 ulas bawang besar (ricik halus)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk halus/cincang)
  • 10 ekor udang saiz sederhana @ 1 sudu besar udang kering
  • 15 biji cili padi (ikut selera)*
  • Sedikit belacan
  • Kacang peas dan kubis-dipotong
  • Garam, perasa (saya guna maggi cukup rasa)
  • Minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Goreng bawang besar sekejap dan masukkan telur. Kacau rata. setelah masak ketepikan.
  • Panas sedikit minyak. Goreng ikan bilis sehingga gareng. (Jika guna udang kering, masuk udang bila ikan bilis dah gareng.)
  • Masukkan bawang putih. Kacau sekejap. Masukkan cili padi yang telah ditumbuk dengan belacan dan udang segar. Kacau sebati.
  • Bila dah naik bau, masukkan nasi putih, kacang peas dan telur yang digoreng tadi. Perasakan. Setelah sebati dan hampir masak masukkan sayur kubis. Siap..Selamat mencuba..Sedap makan dengan sambal belacan.
  • 111

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN