resepi istimewa orang jawa. penggunaan santan pekat dan cili padi yg banyak adalah rahsia “ummphh”nya
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
ikan talapia masak lemak cili padi dengan cekur
resepi istimewa orang jawa. penggunaan santan pekat dan cili padi yg banyak adalah rahsia “ummphh”nya
BAHAN-BAHAN
- 2 ekor ikan talapia (ikan keli, ikan pari boleh juga) disiang dan di belah dua dan basuh
- 20 biji cili padi kampung (yang kecil2, pedas menyengat)
- sejemput ikan bilis
- sejemput cekur, dibasuh
- 6 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih, kupas dan panggang sebentar hingga naik baunya
- santan pekat dari 1-2 biji kelapa
- sedikit garam dan perasa (optional)
- sedikit daun cekur @ 3-4 helai daun limau purut dimayang
CARA PENYEDIAAN
- panggang @ goreng ikan hingga cukup masak sahaja
- satukan santan dengan ikan bilis, cekur, cili padi dan bawang, kisar hingga halus
- masak campuran santan, masukkan garam, renehkan sekejap(mendidih perlahan). jangan sampai santan membuak , nanti pecah minyak, kuah nampak tidak cantik
- rasa masinnya, masukkan daun cekur @ daun limau, angkat.
- tuang kuah ke atas ikan semasa menghidang
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.