Masakan ini kegemaran suami tercinta, mudah dan sedap, anak-anak pun suka.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Assam Pedas Kepala Ikan

Masakan ini kegemaran suami tercinta, mudah dan sedap, anak-anak pun suka.

BAHAN-BAHAN

  • 1 Ekor Kepala Ikan – di belah 2 (ikut suka kepala ikan apa, tp sy gunakan kepala Jenahak).
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang puteh*
  • ½ inci kunyit hidup*
  • 19 – 25 batang cili kering buang bijinya * (ikut kepedasan dan kepekatan yg anda suka)
  • ½ sdk lada hitam * ( digiling halus)
  • 6 – 8 batang bende
  • 1 batang terung panjang. ( dipotong 4 lalu belah 2)
  • Daun kesum secukupnya ( dalam secekak)
  • 2 biji tomato buah (belah 4/ tak letak pun takpe)
  • 1 sdm + 1 cawan air ( or ikut kemasaman yg kita suka)
  • Garam, gula n perasa secukupnya.
  • Minyak secukupnya untuk menumis.
  • 2 – 3 cawan air (ikut suka nak cair atau pekat)
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan kepala ikan lalu diperap sebentar dengan air asam limau dalam 15 ke 30 min. lalu bersihkan dan ditos. Ketepikan
  • Kisar semua bahan yang bertanda * bersama 1 ½ cawan air hingga halus .
  • Panaskan kuali atau periuk lalu masukan minyak untuk menumis cili yang dikisar tadi, biar minyak cukup panas lalu boleh tuangkan bahan2 kisar tadi.
  • Dengan menggunakan api yang sederhana, tumis hingga bahan2 sebati dan biar naik minyak atau hingga cili garing. Kacau-kacaukan cili agar cili tidak hangus. Apabila cili dh garing boleh masukan kepala ikan, kecilkan api sedikit gaul rata cili lalu biarkan sehingga ikan mengeluarkan jus, lalu boleh masukan air asam, kacau lagi dan biarkan dlm seketika hingga mengelegak sedikit.
  • Masukan garam, gula dan perasa jika. kemudian masukan air biar mengelegak lagi.. kemudian masukan pula terung, biar empuk lalu masukan bende dan tomato, biar mengelegak dan semua sayur masak kemudian sesuaikan rasa buat yang terakhir, lalu boleh masukan daun kesom. Lalu tutup periuk biar seketika hingga hingga daun kesom layur n naik bau wanginya dan kuah sedikit pekat.. matikan api.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN