untuk anak rantau yang teringin nak makan gulai darat tapi takde rempah gulai. resepi olahan dari internet.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Daging Gulai Darat Versi Perantau
untuk anak rantau yang teringin nak makan gulai darat tapi takde rempah gulai. resepi olahan dari internet.
BAHAN-BAHAN
- Daging lembu dipotong kecil-kecil – saya guna dalam -/+ 350gram daging sahaja
- 1 sudu makan ketumbar
- 1 sudu makan jintan manis
- 1/2 inci halia
- 1-2 hiris kecil lengkuas – jangan banyak sangat,nnt payau
- Sedikit serbuk kunyit / kunyit hidup
- 1 sudu teh cili giling/boh
- 1/2 biji bawang merah size sederhana dan 3 ulas bawang putih
- Gula melaka/brown sugar/gula jawa secukup rasa – yang mana available
- 1 sudu makan kerisik
- 1 asam keping
- 1/2 tin santan dan sedikit air
- Garam secukupnya
- Nota : Kesemua ini adalah bahan asas untuk gulai darat. Sukatan untuk bahan-bahan diatas boleh dikurang/diganda bergantung kepada kuantiti/jumlah daging.
CARA PENYEDIAAN
- Ketumbar+jintan manis+halia+lengkuas+kunyit+cili+bawang merah + bawang putih +kerisik dikisar kering (tanpa guna air).
- Perap daging dengan bahan-bahan yang dikisar kering dalam periuk. Biarkan sekejap.
- Masak daging yang telah diperap sekejap tadi. Jangan tambah air kerana air daging akan keluar. Kacaukan daging dan biarkan sampai mendidih.
- Masukkan santan + gula + garam sedikit. Masukkan juga asam keping dan sedikit air. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga daging empuk dan kuah sudah pekat/kering sedikit. Jika kuah sudah pekat/kering tetapi daging masih belum empuk boleh tambah air sedikit dan biarkan hingga daging empuk dan kuah menjadi pekat/kering kembali.
- Boleh tambah cili merah dan kacang panjang (kalau ada). Biarkan sekejap. Pastikan gulai cukup rasanya.
- Boleh dihidang dengan nasi putih atau nasi dagang atau apa-apa nasi yang sesuai.
- Selamat Mencuba! :)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.