resepi mudah dan ringkas

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Carrot Mudah

resepi mudah dan ringkas

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan beras basmati
  • 6 cawan air (guna cawan sukatan yang sama dengan cawan sukatan beras)
  • 3 sudu besar minyak
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 10 biji buah pelaga (cardamom)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji carrot yang dipotong sebesar batang mancis.
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih (cumin powder)
  • Pewarna kuning yang dibenarkan :)
  • Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan beras basmati. Toskan airnya.
  • Masak air yang telah disukat dalam periuk dengan menggunakan api yang besar. Tutupkan. Dalam periuk lain,panaskan minyak. Pastikan periuk yang digunakan sesuai untuk sukatan beras.
  • Sementara tunggu minyak panas, tumbuk bawang putih hingga lumat. Kemudian masukkan buah pelaga dan tumbuk hingga buah pelaga pecah.
  • Tumis bawang putih+buah pelaga. Masukkan kayu manis dan serbuk jintan putih (cumin). Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan kiub ayam dan garam.
  • Masukkan beras yang telah ditos airnya dan masukkan carrot. Kacau sedikit. Kuatkan api masakan.
  • Pastikan air yang dimasak tadi mendidih dan masukkan air mendidih ini ke dalam periuk berisi beras tadi. Pastikan air yang dimasukkan itu terus mendidih apabila dimasukkan ke dalam periuk beras (sebab tu kena kuatkan api dalam step 5).
  • Tutup periuk dan biarkan sekejap. Kemudian, bolehlah perlahankan api sedikit. Bila air sudah agak kering, titiskan sedikit pewarna kuning disatu bahagian nasi. Biarkan hingga nasi betul-betul kering, barulah balik-balikan nasi tadi. Tutup api bila nasi sudah masak.
  • Kini, nasi sedia untuk dihidang.
  • Selamat Mencuba :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN