dulu saya tak suka sgt kuah kacang..tapi bila letak sotong memang best sgt rasa dia..makan lak dgn nasi impit dan lontong..memang terbaik..:)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KUAH KACANG SOTONG

dulu saya tak suka sgt kuah kacang..tapi bila letak sotong memang best sgt rasa dia..makan lak dgn nasi impit dan lontong..memang terbaik..:)

BAHAN-BAHAN

  • 200gm kacang tanah – disangai dan dibuang kulitnya
  • 30-40 cili kering -direbus dan blend
  • 3 sudu besar udang kering*
  • 4 bawang kecil*
  • 2 buah keras*
  • 1/2 ibu jari belacan*
  • 1 serai*
  • 2 bawang putih*( bahan* diblend)
  • 3 cawan santan
  • air secukupnya
  • 2 senduk minyak masak
  • garam
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu besar mumbung gula melaka yg diracik
  • 2 keping biskut petak/merry (biskut petak tu kalau tak dek yg biasa..nak pakai yg bergula pun boleh je..:)
  • 1/2 kilo sotong kering- saya beli yg dah siap kembang
  • 1 kiub ayam
  • sedikit air asam jawa
CARA PENYEDIAAN
  • mula2 sekali…basuh bersih2 sotong…kerat2kan sotong tu ikut saiz yg kita suka…kemudian didihkan air didalam periuk..bila dah didih..masukkan sotong…dan masak dlm lebih kurang 20 minit…atau hingga sotong tu masak….lepas dah masak toskan sotong tu….tepikan..kita masak dulu sotong ni utk buang air sotong tu..jadiknya bila masuk dlm kuah kacang..kuah tu tak berair dan pekat je nanti kuahnya..
  • mula2 panaskan minyak…kemudian masukkan bahan2 blend….tumis hingga terbit minyak dan cili masak….masa proses memasak cili ni..boleh tambah air jika perlu…
  • bila dah masak cili tadi… masukkan santan dan sedikit air…air asam jawa sedikit….masukkan juga gula merah dan gula pasir….kacau lagi hingga kuah didih…masukkan garam sedikit…dan juga kiub ayam..bila dah didih..masukkan kacang tanah…kacang tanah ni saya tumbuk guna lesung batu…ada yg lumat dan ada yg kasar skit…tumbukkan jugak biskut petak hingga lumat dan masukkan kedalam kuali.
  • kacau2 lagi kuah kacang tadi…kecilkan apinya…masak hingga terbit minyak lepas tu..masukkan sotong..kacau2 rata….kalau rasa macam tak cukup kuahnya..tambah lagi santan….nanti akan terbit minyak hasil dari santan tu…rasa masin dan manisnya….dah o,k tutup api. sotong tu saya tak kacau lama…dlm 5 minit kot.
  • bila kuah dah masak..boleh la dihidang dgn ketupat/ lontong..nak makan dgn cucur pun sedap…:)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN