Saya selalu buat Paella sebelum Master Chef lagi. Baru lani rasa nak share resipi. resipi ni sesuai utk mereka yg xde oven utk membakar. Selamat mencuba :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SEAFOOD PAELLA MALAYSIANA

Saya selalu buat Paella sebelum Master Chef lagi. Baru lani rasa nak share resipi. resipi ni sesuai utk mereka yg xde oven utk membakar. Selamat mencuba :)

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan beras Basmathi
  • 1 labu bawang merah / Holland-hiris
  • 3 ulas bawang putih-cincang halus
  • 1 batang celery/leek-dihiris
  • 1 biji capsicum-dibakar atas api kemudian dihiris
  • 1/2 biji lobak merah-dihiris nipis (klu saiz kecil, guna 1 biji)
  • 3-4 biji cendawan butang-dihiris nipis
  • 1 pokok daun sup / daun bawang
  • 1 pokok daun parsley
  • 2 sudu besar sos spaghetti / tomato paste
  • 3-4 biji cili padi-dihiris. Kalau nak lagi pedas, tambah lagi
  • Kupang-beberapa ekor (jangan gunakan lala sbb rasanya akan jd xberapa sedap)
  • Udang-beberapa ekor (saya xbuang kulit)
  • Sotong-buang kulit dan potong bentuk gegelung
  • Garam
  • Paprika
  • Lada Sulah
  • Lada hitam
  • Minyak Zaitun
  • Saffron
  • Serbuk pati ayam / stok ayam buatan sendiri
  • 1 biji lemon-dipotong 4 bentuk baji
CARA PENYEDIAAN
  • Saya xde oven besar, jd saya perapkan dulu KUPANG (yg dibelah dan buang sebelah kulit yg xde isi) dan UDANG dgn menggunakan GARAM, LADA SULAH, PATI AYAM dan PAPRIKA selama setengah jam
  • Kemudian bakar kesemua yang diperap tadi atas grilling pan hingga kering airnya (suami saya kata bila diperap dan bakar begini jd lebih sedap..). jgn lupa, percikkan sedikit minyak zaitun
  • Rendamkan beras selama setengah jam
  • Dengan menggunakan minyak zaitun, tumis BAWANG MERAH dan BAWANG PUTIH hingga naik bau
  • Kemudian masukkan CAPSICUM, CILI PADI, CARROT, CELERY/LEEK, CENDAWAN..biarkan sedikit kering
  • Masukkan SOTONG
  • Masukkan SOS SPAGHETTI / TOMATO PASTE
  • Perasakan dengan GARAM, LADA SULAH, LADA HITAM, SERBUK PATI AYAM dan PAPRIKA
  • Masukkan DAUN SUP dan DAUN BAWANG yang dihiris kasar
  • Masukkan beras dan gaul sebati. Kemudian masukkan 6 cawan air menggunakan cawan yg anda guna utk cedok beras tadi
  • Masukkan SAFFRON, kacau rata dan tutup kuali. Tunggu hingga nasi masak
  • Agak2 air kering, susunkan cantik2 KUPANG, UDANG dan PARSLEY di tengah2. Percikkan sikit lagi garam, lada sulah, serbuk pati ayam dan paprika kalau belum cukup rasa
  • Tutup semula dan biarkan nasi benar2 kering
  • Susunkan LEMON yang dipotong baji. Hidangkan panas2
  • Tak perlu kaut dan pindahkan nasi ke bekas lain. Hidangkan panas2 menggunakan kuali yang anda gunakan utk memasak Paella. Selamat Mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN