resepi tgk dalam masterchef malaysia, resepi chef yg cakap kedah tu….mahal sesangat bahan2nya..seb bek pakcik kaya.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
paella valenciana
resepi tgk dalam masterchef malaysia, resepi chef yg cakap kedah tu….mahal sesangat bahan2nya..seb bek pakcik kaya.
BAHAN-BAHAN
- 1 kilo beras jepun cap sumo.(1 paket rm28- 2.6kg)
- 1 seluruh peha ayam. (dihiris kecil2)
- 3 biji lada bangla dgn 3 kaler berlainan-merah,hijau,kuning.(setiap satu harga lebih kurang rm3.50)
- 2 ketul sosej dipotong kecik2. (pakcik guna hot dog ramlee je,sbb xjumpa)
- Udang besar2 dalam rm15. (udang mahal wo)
- Lobster seekor.(pakcik boh ketam je..tak lalu nak beli lobster rm100- ketam baru rm10 2 ekor)
- Muscles@Lala@Kupang. (pakcik xjumpa benda nih so xbubuh…kalau ade bubuh la)
- 2 bijik bawang holand-didadu.
- 4 ulas bawang putih-racik halus2
- 6 bijik lada hijau-hiris2,nk bagi rasa pedas sikit.
3 genggam kacang hijau beku-frozen green bean.
- Secubit saffron-(mahal sangat,pakcik xbubuh,pakcik letak pewarna kuning jer)
- Minyak untuk menumis,garam,lada sulah dan tok aji bagi yang makan tok aji.
- —————-bahan2 tuk air rebusan————
- Bahagian kaki,tulang2 dan kepak ayam.
- Kiub ayam knorr 1 kiub.
- 1 cawan susu dutch lady full cream atau low fat. (ini bahan pilihan, sila abai jika tak mau)
CARA PENYEDIAAN
- Bismillah, sapa2 yg tengok masterchef malaysia pasti tau resepi nih, pakcik buat sebab nak tau camna rasanya….bagi pakcik memang sedap…tapi bau dan rasa lada bangla agak kurang menyenangkan bagi sesiapa yang kurang suka, so bolih ditukar kepada apa2 bahan lain seperti lobak merah dan lain2
- Mula2 kena buat sup ayam dulu. Tumis bawang merah dan putih dan masukan tulang2 kaki ayam kemudian bubuh air dan masukan kiub ayam. Rasa garamnya dan kalau suka boh tok aji. Pakcik boh serai supaya wangi sikit, bolih boh halia jika anda suka.
- Bila sup sudah hampir masak boh ketam dan udang dalam sup tadi. Sekejap sahaja agak2 dia masak sedikit. Kalau nak bagi udang tu lurus kena cucuk dgn lidi dari ekor ke kepala, nanti nampak cantik bila hias atas nasik. Pakcik rebus udang dan ketam sebab pakcik tak masuk oven nasik nih….kuali tak muat oven. Kalau nak masuk oven tak payah rebus udang dan ketam.
- Ok, sekarang nak masak nasik nyer pulak. Kena goreng dulu sosej atau hot dog dan asingkan. dgn minyak lebihan goreng tadi tumis bawang putih, bawang holand sehingga kuar bau wangi. Masukan hirisan ayam dan hirisan udang(jika anda beli udang banyak bolih la bubuh, tapi jika udang sikit cukupla hanya tuk hias atas nasik je). Masukan lada hijau dan semua lada bangla. Anda akan dapati periuk@kuali anda nampak penuh, jgn khuatir nanti ia akan jadi kecut.
- Masukan beras jepun yang dah dibasuh dan gaul sebati. Kemudian baru masukan sup tadi. Kena bubuh banyak sup untuk beras nih sebab beras nih kuat mentekedarah air…ratio nyer 1bahagian beras 2 1/2 air rebusan@sup.
- Bagi ia menggelegak dan kacau selalu. Ok, yang ini pakcik suka2 hati tambah, dalam resepi takde…kalau suka tuang 1 cawan susu uht (dutch lady full cream atau dutch lady low fat—perghhh lemak beb, jadi lemak wa cakap lu)
- Bila air rebusan hampir2 kurang dan nasik dah mula kembang tuang pewarna dan gaul mesra. Kecilkan api dan mula hias atas nasik anda. Hias ketam, udang, hotdog dan juga kupang(jika anda bubuh,pakcik punya takde,tak jumpa carik) bagi cantik. Jangan buat macam pakcik, pakcik lelaki…lelaki ganaz sikit.
- Dan jika anda ada oven yang muat kuali@periuk maka boh dalam oven dan panaskan sehingga masak. Jika takde atau xmuat tutup je periuk@kuali tu rapat2….dan biarkan sehingga masak dengan api kecil sesangat…
- Komen pakcik pasal resepi nih. Nasik nih kena makan panas2 dan kena habiskan sekali makan. Jika simpan dah tak sedap macam sushi gak…beras pun guna beras buat sushi nih…ia mahal, ia macam pulut dan jika anda boh susu ia macam beriani gam….! melekit lekit gituuu….
- Alang alang buat mahal2 apa salah bubuh lauk sampingan seperti ayam goreng seketul seketul besar besar kemudian dihiris senget2 macam chef buat tu…past menarik.
- Cadangan penghidangan: boh nasik dalam mangkok dan tepek dalam pinggan macam orang buat nasik ayam tuh…tabur bawang goreng….letak ayam goreng…atur udang dan ketam….tabur daun bawang…..dan segelas air sunquick ais kurang manis….fuhhhhh rumah tebakar pun tak sedar….baca bismillah dulu, jangan lupa…!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.