Simple but nice…Kalau nak diet,tak payah makan dengan nasi.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sup Ayam Campur Suhun & Fucuk Sempoi
Simple but nice…Kalau nak diet,tak payah makan dengan nasi.
BAHAN-BAHAN
- 2 ketul kepak ayam-dipotong 4
- 1 biji kentang-di belah 2 & dipotong 4
- 1 bungkus kecil suhun campur (fucuk & cendawan kering)-direndam hingga lembut & hiris ikut suka
- 1 biji telur-dipukul sekejap
- 5 biji bawang merah-dihiris
- 3 biji bawang putih-dihiris
- 2 inci halia-dihiris nipis
- Serbuk lada hitam-Secukup rasa
- Garam-Secukup rasa
- 1sk Serbuk pati ayam
- Air secukupnya
- 1sb minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan periuk dan masukkan minyak.
- Masukkan hirisan bawang & halia. Tumis hingga kekuningan.
- Masukkan ayam dan gaul bersama sebentar & masukkan ubi kentang
- Masukkan air- melebihi sedikit dari paras ayam & kentang.Kecilkan api & biar kentang & ayam empuk dulu.
- Selepas ayam masak & kentang dah empuk,masukkan fucuk bersama cendawan.Biarkan sekejap & masukkan bahan perisa (garam,serbuk lada & pati ayam secukupnya).
- Kemudian,masukkan suhun & gaul sekejap.
- Akhir sekali,masukkan telur tadi & gaulkan sekejap. Lepas itu,tutup api.
- Siap & hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.