Mudah dan sangat enak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Kuah Laici

Mudah dan sangat enak

BAHAN-BAHAN

  • 20 gm agar-agar tali
  • 1 tin susu cair
  • 1 cwn gula
  • 6 gelas air
  • 2 bj telur
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • vanila
  • ****KUAH******
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cwn gula
  • 1 bj kuning telur
  • 1 tin laici – asingkan air dan buahnya
CARA PENYEDIAAN
  • Masak agar-agar dengan air sampai agar-agar larut. Perlahankan api.
  • Dalam 1 bekas, campurkan gula, telur, susu dan esen vanila- kacau sebati kemudian masukkan dalam agar-agar sambil dikacau.
  • Tepung kastard dibancuh dengan sedikit air dan tuangkan dalam campuran puding. Kacau sebati dan tuang dalm bekas. Sejukkan sebelum dipotong.
  • ***** KUAH *******
  • Satukan semua bahan kecuali buah laici dalam periuk dan masak sampai mendidih. Sejukkan
  • Ketika hendak menghidang, potong puding mengikut citarasa dan masukkan dalam cawan, tuangkan kuah dan masukkan buah laici. Boleh juga dihidang dengan peach atau buah campur.
  • Nota Kaki : Kuah untuk puding ni agak manis sebab bila nak makan kita tambahkan ais batu.. kalau tak letak ais batu, gula tu perlu dikurangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN