untuk hidangan seisi keluarga..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
cendawan kriket masak lemak cili padi
untuk hidangan seisi keluarga..
BAHAN-BAHAN
- 250g cendawan kriket
- 6 biji cili padi
- 1/2 ulas bawang merah (besar)
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji cili merah (besar)
- 2 cawan santan pekat
- 1cm halia
- 1 batang serai (di titik)
- sejumput ikan bilis (klu suka lemak boleh lebihkan)
- lobak merah sebagai penyeri (boleh juga diganti dengan sayur lain ikut suka)
CARA PENYEDIAAN
- tumbuk ikan bilis,bawang merah,bawang putih hingga lumat.cili padi ditumbuk pecah-pecah sahaja.
- masukkan santan pekat dan bahan-bahan yang di tumbuk tadi ke dalam periuk.renehkan jangan sampai pecah minyak.
- masukkan cendawan kriket yang telah dibasuh.masukkan juga halia(di titik).
- masukkan sayur dan serai.tambah sedikit garam dan perase secukupnya.apabila sayur empuk. angkat.
- hidangkan bersama nasi putih.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.