resipi tradisi keluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Siput Manis

resipi tradisi keluarga

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar penuh gula yang telah dikisar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu besar penuh marjerin
  • air peti sejuk secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Tepung gandum, gula dan garam digaul sebati.
  • Masukkan marjerin dan gaul rata sehingga menjadi crumbs.
  • Masukkan air peti sejuk sedikit demi sedikit.
  • Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan.
  • Cubit doh sekadar saiz hujung jari dan golekkan pada papan acuan siput.
  • Goreng sehingga masak.
  • Tips menggoreng:
    Pastikan minyak betul-betul panas. Kemudian kecilkan api. Masukkan siput ke dalam minyak dan kacau dengan sebatang kayu chopstick. Guna api sederhana untuk menggoreng sehingga hampir keemasan. Kecilkan api semula dan toskan siput tadi. Ulangi langkah ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN