masa buat 45 minit sahaja
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Seafood Lasagne
masa buat 45 minit sahaja
BAHAN-BAHAN
- 5 Keping Lasagne (mengikut besar bekas pembakar)
- 1/2 Biji Bawang Besar (tidak perlu hiris)
- 1 Sudu Kecil Mix Herba (boleh juga pakai duan ketumbar)
- 2 Ekor Sotong Basah (dicincang kecil)
- 15 Ekor Udang Kecil (dicincang kecil)
- 2 Keping Crabstick (dicincang kecil)
- 1 Batang Daun Ketumbar (dicincang halus)
- 400 ml Susu Segar (Susu Full Cream)
- 4 Keping Keju Jenama Apa-apa pun (dicincang halus) – Keju Grated pun boleh juga
- Lada Hitam & Garam (secukup rasa)
- 1 inci Mentega Farm Cow (Guna Mentega lain pun boleh)
- 3 Sudu Tepung Jagung (tidak perlu dibancuh bersama air)
- Sedikit minyak untuk merebus lasagne
CARA PENYEDIAAN
- 5 keping lasagne direbus bersama sedikit garam dan minyak sehingga lembut kemudian keringkan diatas tuala dan bukan tisu kerana selepas kering tisu akan melekat bersama lasagne
- Panaskan periuk menggunakan api yang sederhana, kemudian masukkan susu segar, mix herba dan 1/2 biji bawang besar sehingga susu panas dan tidak perlu mendidih. Tapis susu dan buang bahan yg lain.
- Panaskan periuk lain dengan menggunakan api yang sederhana, kemudian masukkan 1 inci mentega Farm Cow. Biar sehingga mentega cair dan masukkan 3 sudu tepung jagung, kemudian kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul
- Setelah sebati, masukkan susu yg telah ditapis dan kacau. Kemudian masukkan sotong basah yang dicincang kecil, udang kecil yang dicincang kecil, crabstick yg dicincang kecil, daun ketumbar yg dicincang halus dan kacau sehingga sotong dan udang masak.
- Setelah masak, tutup api dan letak ke tepi sementara. Lasagne yg dikeringkan diletak ke dalam bekas pembakar sehingga menutup bawah bekas, kemudian letakkan sos yg telah siap dimasak ke atas kepingan lasagne. Kemudian taburkan keju yang telah dicincang halus. Ulangi langkah tersebut sehingga diakhiri dengan keju.
- Setelah siap masukkan dalam oven elektrik bukan microwave oven dalam suhu 180c dalam masa 30 minit, jika menggunakan dapur gas sila panaskan oven dahulu sebelum memasak. Boleh tambah masa jika keju di atas tidak cair atau kuning keemasan.
- Setelah siap, hidang dan sedia untuk dimakan. Rasa lebih kurang seperti lasagne di pizza hut jika anda pernah rasa. Buat ape beli kalau dah tahu macam mana hendak buat, selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.