Resepi keturunan dari ayahnda tercinta Pak Roslan Zen…Salu ayah buat time aku kecik2….
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Lempeng Bawang Putih
Resepi keturunan dari ayahnda tercinta Pak Roslan Zen…Salu ayah buat time aku kecik2….
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan tepung gandum (ayak dulu yer)
- 2 ulas bawang putih-ditumbuk lumat
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar majerin
- Air suam
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan tepung gandum, bawang putih,garam & majerin dalam satu bekas.
- Masukkan air kedlam adunan tersebut. Gaul rata-rata agar adunan tidak berketul & cair macam adunan roti jala.
- Panaskan non stick pan @ kuali biasa pun boleh.
- Masukkan 2 senduk adunan kedalam kuali & dadarkan.Guna api sederhana sahaja.
- Bila bahagian bawahnya sudah nampak kuning & garing,terbalikkan lempeng tersebut.Tunggu sampai lempeng masak.
- Hidangkan semasa masih panas & sedap dicicah dengan kari,sardin or dalca ayam…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.