Resepi dari mertua…memang sedappp dimakan dengan nasi @ ketupat, lemang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Pedas Ayam

Resepi dari mertua…memang sedappp dimakan dengan nasi @ ketupat, lemang

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 1 helai daun kunyit dihiris halus
  • Bahan tumbuk : 1/2 inci halia,
    1/2 inci lengkuas,
    10 biji cili kering yang direndam ( kalau nak pedas boleh letak lebih )
    , 2 batang serai,
    1/2 inci kunyit hidup
    , 1 sudu kecil garam kasar
    , 3 ulas bawang putih
  • santan dari 1/2 biji kelapa
  • gula secukup rasa dan boleh tambah garam lagi jika kurang masin
  • 3 sudu besar kelapa parut – ditumbuk sedikit
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan ayam kedalam kuali. Masukkan bahan – bahan yang dikisar atau ditumbuk halus . Gaulkan atau sebatikan dengan ayam.
  • Masukkan bawang besar, daun kunyit yang dihiris halus, santan pekat ,kelapa parut, gula.Gaul sebati.
  • Buka api sederhana dan masak rendang tadi hingga masak. Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. Masak rendang dengan api sederhana dan sentiasa kacau rendang hingga kering .

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN