Resepi ini hasil olahan sendiri dengan citarasa Mr hubby tercinta.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Dalca Ayam

Resepi ini hasil olahan sendiri dengan citarasa Mr hubby tercinta.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan:-
    2 ketul paha ayam 3/4-dipotong ikut suka,
    2 cawan kacang dal-direndam semalaman,
    2 batang serai-diketuk,
    2 inci halia-ditumbuk lumat,
    5 ulas bawang merah- ditumbuk lumat,
    2 ulas bawang putih-ditumbuk lumat.
  • Sayur-sayuran:- 2 biji kentang (dikupas kulit & dipotong dadu), beberapa batang kacang panjang (dihiris ikut suka), 1 biji terung unggu (dipotong ikut suka),2 biji tomato (dibelah 4).
  • Bahan-bahan perasa:- 4 sudu makan serbuk kari ayam/daging (saya guna babas) yang dicampur sedikit dengan air untuk dijadikan pes, 2-3 sudu makan sos tomato (saya guna jenama magie),
  • 10-15 biji cili kering- ditumbuk lumat, 1 peket kecil rempah ratus (yang ada bunga lawang,sengkih,kayu manis dsb),1 1/2 sudu teh garam,1 sudu teh gula, 1 sudu teh serbuk pati ayam (saya guna jenama knorr).
  • minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Cara-caranya:- Rebus kacang dal bersama air hingga empuk dalam periuk (guna api sederhana sahaja). Dalam kuali yang berasingan,panaskan minyak masak untuk tujuan menumis ( guna api sederhana sahaja untuk memastikan bahan tumisan betul-betul masak). Setelah minyak panas,masukkan rempah ratus.Biarkan sekejap dan masukkan serai dan bahan yang telah ditumbuk halus tadi. Tumis hingga naik bau & betul-betul masak. Lepas bahan tumis pecah minyak, masukkan serbuk kari yang telah jadi pes tadi. Gaul sekali sekala hingga pecah minyak.Sesudah bahan tumisan berbau harum,masukkan ayam yang telah dipotong dan gaul rata. Kecilkan api & masukkan sos tomato. Gaul sampai mesra.Tutup api. Masukkan ayam kedalam rebusan kacang dal tadi dan gaul rata.Masukkan kentang. Selapas itu,masukkan air santan & segala bahan perasa seperti,gula,garam & serbuk pati ayam. Biar ayam, kentang & kacang dal empuk dan kuah menjadi pekat. Selapas berpuas hati dengan kepekatan kuah itu,masukkan sayuran lain hingga masak… Siap…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN