Love Macaroon=)
Untuk Tempahan Follow My FB- Love Macaroon-=)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Love Macaroon
Love Macaroon=)
Untuk Tempahan Follow My FB- Love Macaroon-=)
BAHAN-BAHAN
- 110gram gula aising
- 65gram serbuk badam
- 60gram putih telur (2 biji)
- 20gram gula kastor
- 1/8 sk(sudu kecil)
Pewarna Mengikut Kegemaran
( Jika Suka ) - (Filling) Mengikut Citarasa Sendiri
- 120gram cream cheese
- 20gram gula aising ( Di Campur Ke Serbuk Badam )
- Parutan Lemon (1Biji)
- Jem Buah-Buahan Dan Nutella Juga Boleh Digunakan Untuk Membuat Filling
CARA PENYEDIAAN
- 1.Campurkan Gula Aising Dan Serbuk Badam.
- 2.Ayak Campuran Gula Aising Dan Serbuk Badam Tadi Dan Ketepikan.
- 3.Pukul Putih Telur Sehingga Kembang Dan Berkrim
- 4.Masukan Gula Aising Sedikit Demi Sedikit
-Sambil Mixer Sentiasa Berputar Dengan Kelajuan Yang Sederhana-. - 5.Matikan Mixer Apabila Adunan Telur Dan Gula Telah Sebati
-Adunan Tidak Akan Terjatuh Apabila Mangkuk Mixer Diterbalikan- - 6.Masukan Campuran Serbuk Badam Tadi Ke Dalam Adunan Telur.
- 7.KaupBalik Adunan Menggunakan Spatula 3-4 Kali.
- Masukan Adunan Ke Dalam Piping Bag.
- 9.Dengan Menggunakan Nozzle 5mm, Pipekan Adunan Diatas Dulang Pembakar Yang Telah Dilapis Dengan Non Stick Paper.
-Pastikan Non Stick Paper Yang Sesuai-. - 10.Setelah Itu Hentakkan Dulang Tadi Dengan Perlahan Bertujuan Untuk Mengeluarkan Angin Dari Adunan.
-Supaya Macaroon Tidak Berlubang-Lubang Setelah Dibake- - 11.Ketepikan Sebentar Kira-Kira 45Minit, Sebelum Dibakar, Pastikan Adunan Tadi Telah Mengeras Sedikit
-Contoh=Apabila Kita Menyentuh Permukaan Adunan Tidak Melekat Pada Tangan Kita-. - 12.Setelah Itu Bakar Pada Suhu 150C Selama 15Minit, Atau Bergantung Pada Oven Masing-Masing.
Sebelum Itu Pastikan Oven Telah Dipanaskan Selama 20Minit. - 13.Keluarkan Macaroon Yang Telah Siap@Masak, Ketepikan Sebentar Tungguh Sehingga Sejuk Baru Dialihkan Dari Dulang, Bagi Menggelakan Macaroon Dari Pecah-Pecah.
- Membuat Filling
- 1.Ayakan Gula Aising Terlebih Dahulu.
- 2.Campur Semua Bahan Filling Dan Pukul Sehingga Sebati, Simpan Adunan Ke Dalam Fridge Selama Sejam Sebelum Digunakan.
- @Tips@
Pastikan Kita Menyediakan Macaroon Dengan Sabar Dan Teliti Kerana Proses Penyediaan Ini Memerlukan Masa Yang Tertentu.Jangan Lupa Add FB ~ Love Macaroon ~
@Selamat Mencuba^_^@
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.