Daging Hitam Masallah

baru dapat dari rakan seperjuangan…

BAHAN-BAHAN
  • 1) daging 1/2 kg (potong dadu/ikut citarasa)
  • 2) tomato 3 biji dan bawang besar 3 biji (dikisar bersama)
  • 3) bawang merah 7 ulas **
  • 4) bawang putih 3 ulas **
  • 5) halia 1/2 inci **
  • 6) kicap pekat 4 sudu makan
  • 7) garam, gula/gula melaka (secukup rasa)
  • 8) rempah masalla/rempah kari 5 sudu makan dan serbuk lada/cili kisar 3 sudu makan (campur sekali dan bancuh dengan sedikit air supaya ia sebati)
  • 9) tomato 1 biji (dibelah 4) dan beberapa helai daun kari
CARA PENYEDIAAN
  • tumis bahan yg bertanda (**) sekejap dan masukkan no 8-tumis hingga naik bau
  • masukkan daging dan gaul rata,kemudian masukkan no 2,gaul lagi hingga air kering sedikit dan daging empuk-kalau daging belum empuk boleh tambah sedikit air dan gaul hingga air kering sedikit
  • bila air dah kering sedikit,masukkan no 6, 7 dan 9,kacau lagi hingga kering seakan-akan macam rendang-tapi jangan terlalu kering sangat….Dah siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN