Berikut adalah resepi-resepi Kek Keju sumbangan Diana(ResepiNet). Chetam memang tabik spring ngan Diana ni…..rajin bebetul mencuba resepi dan tak lokek berkongsi ilmu. Tanya apa saja dalam ResepiNet, InsyaAllah Diana akan cuba menjawap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

BAKED PEACH YOGHURT CHEESE CAKE

Berikut adalah resepi-resepi Kek Keju sumbangan Diana(ResepiNet). Chetam memang tabik spring ngan Diana ni…..rajin bebetul mencuba resepi dan tak lokek berkongsi ilmu. Tanya apa saja dalam ResepiNet, InsyaAllah Diana akan cuba menjawap.

BAHAN-BAHAN

  • 1 – Bahan untuk Kek Span Vanilla
  • (A)
  • 160 gram gula
  • 15 gram ovalette
  • (B)
  • 5 biji telur
  • 125 gram tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • (C)
  • 40 ml air
  • (D)
  • 75 gram mentega, dicairkan
  • Cara untuk Inti
  • (A)
  • 500 gram krim keju
  • 50 gram gula
  • 50 gram mentega
  • (B)
  • 50 gram tepung gandum
  • (C)
  • 1 biji telur
  • 3 biji kuning telur
  • (D)
  • 150 gram yoghurt
  • (E)
  • 3 biji putih telur
  • 70 gram gula
  • secubit rasa garam(Jangan terlalu memutar Bahan E)
    (F)
  • 300 gram kepingan buah peach
  • Cara untuk Kek Span Vanilla
  • 1. Masukkan (A) ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga sebati.
  • 2. Campurkan (B) dan pukul sehingga pekat.
  • 3. Masukkan (C) dan pukul adunan tadi sehingga lembut dan gebu.
  • 4. Masukkan (D) dan gaul adunan sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 9″. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. Setelah dibakar, keluarkan kek daripada acuan serta merta.
CARA PENYEDIAAN
  • Cara untuk menyediakan kek
  • 1. Putar (A) sehingga lembut dan gebu
  • 2. Campur (B) dan adun sehingga sebati
  • 3. Tambah (C) dan pukul hingga tidak berbintil-bintil.
  • 4. Campur (D) dan gaul rata-rata
  • 5. Pukul (E) sehingga pekat. Campur adunan tadi dan gaul hingga sebati.
  • Letak selapis kek span vanilla ke dalam acuan bulat 9″. Susun kepingan pic di permukaan
  • 7. Tuang adunan keju ke atas. Letakkannya di dalam dulang pembakar yang diisi dengan air. Bakar pada suhu 160 darjah C selaam 60 minit dalam air suam. Selepas dibakar boleh ayak gula aising diatas kek sebagai hiasan dan siap untuk dihidang.
    Nota: Jika menggunakan loyang springform hendaklah dialaskan kertas aluminium foil bila hendak diletakkan dalam dulang pembakar yang berisi air kerana loyang springform akan meresap air jika tidak guna foil.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN