resepi mak, saja tambah koleksi kuih makmur untuk raya.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Makmur
resepi mak, saja tambah koleksi kuih makmur untuk raya.
BAHAN-BAHAN
- 750g tepung gandum – di goreng dahulu kekuningan
- 1 tin sedang minyak sapi – dicair dan sejukkan suhu bilik
- 1 1/2 biji putih telur
- Inti :
- Sedikit kacang tanah – goreng tanpa minyak & tumbuk tidak terlalu halus
- Gula Icing – untuk campur dlm kacang & utk sadur kuih
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan minyak sapi, sejukkaan. Gaul dan ulikan tepung gandum dengan minyak sapi yg telah sejuk, sedikit demi sedikit. Simpan sedikit minyak sapi spare utk guna jika adunan mengeras semasa proses.
- Masuk putih telur selepas adunan minyak sapi & tepung siap uli, adunan akan mengeras sebaik sahaja putih telur dimasukkan.
- Uli lagi dgn letak sedikit minyak sapi bagi lembut, asingkan doh beberapa bahagian,kepal2kan utk elak adunan mengeras.
- Ambil secubit, leperkan, isi kacang tanah, lepas tu bentukkan bulat mcm guli or buat apa2 bentuk yg suka.
- Bakar oven ~150C-160C selama 20-25min ikut saiz, agak2 bhgn bwh sedikit kekuningan dan tak lekat di jari semasa dialihkan.
- Sejukkan, golek dengan gula icing. Siap.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.