Ini merupakan resepi sy sendri..prtma kli buat trus jdi..cubalah.sgt senang.Anda boleh mengurang/menambah sukatan bhn mengikut selera anda]

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Cocktail Berkuah Susu

Ini merupakan resepi sy sendri..prtma kli buat trus jdi..cubalah.sgt senang.Anda boleh mengurang/menambah sukatan bhn mengikut selera anda]

BAHAN-BAHAN

  • Bahan utk Puding:

    1paket tepung kastad (Bird 300grm)
    2sudu gula pasir
    1 ltr air masak
    2 sdu susu sejat ideal

  • Bahan utk kuah :

    1 tin susu sejat Ideal
    5 sudu gula pasir
    500ml air masak
    1 tin buah-buahan koktel

  • [ Hidangan yang enak bergantung pada bahan dan kreativiti memasak.]
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan periuk. Masukkan tepung kastad, susu sejat, gula, dan air.Kacau hingga sebati. (Air dimasukkan sedikit2.jika keras, boleh ditambah lgi air dan sebaliknya.Adunan perlu sentiasa dikacau dan menggunakan api yang kecil sahaja). Setelah adunan betul-betul masak, angkat dan tuangkan dalam loyang atau acuan. sejukkan dalam peti sejuk.
  • Panaskan periuk.Masukkan susu sejat,gula, dan air.Kacau hingga sebati. (Gunakan api yang kecil sahaja.air boleh dikurangkan jika mahu lebih rasa susu). Setelah 5-7 minit, angkat dan campurkan buahan koktel.Kacau sedikit dan simpan dalam peti sejuk.
  • Hidangkan puding beserta kuah susu yang diletak air batu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN