Resipi ni memang mudah. Tapi hasilnya sedap sungguh

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spageti Mudah

Resipi ni memang mudah. Tapi hasilnya sedap sungguh

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus spageti
  • Sedikit minyak masak (untuk menumis)
  • 1 cawan daging kisar
  • 50 g cendawan butang
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu heavy cream (saya suka letak cream ni coz rasa lemak2 skit)
  • Sedikit garam & gula (ikut kesesuaian rasa)
  • Sedikit lada sulah & lada hitam
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Mula2 panaskan air untuk merebus spageti. Tunggu hingga spageti lembut dan masak. (Tips: masa merebus spageti, campur 1 sudu kecil minyak masak untuk elakkan spageti melekat)
    2. Tumiskan bawang putih, bila dah agak wangi masukkan pula daging kisar dan cendawan butang. Tumis sehingga daging empuk. Jangan terlalu garing sangat coz daging kisar akan cepat empuk. Bila dah empuk, masukkan prego cambell dan kacau hingga sebati.
    3. Masukkan pula heavy cream dan gaul lagi hingga benar2 masak.
    4. Taburkan pula lada hitam dan lada sulah. Sedia untuk dihidang…

    Untuk hiasan boleh taburkan sedikit daun parsly dan daun bawang. Nak tambah masam skit perah sikit limau nipis atau lemon.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN